Malaysia Dateline

Konsep mudahkan urusan orang lain ini bantu trafik lebih lancar tapi mengapa ada pemandu tidak amalkan?

Mungkin ramai pemandu tidak menyedari konsep zipper merging yang memudahkan urusan orang lain ini dapat membantu kelancaran trafik.

Amalan pemanduan berhemah ini berlaku apabila kereta masuk lorong dari susur keluar atau masuk secara selang seli mengikut persefahaman antara pemandu.

“Kalau guna kaedah ini (zipper merging) kurang bergaduh, jalan tak jem dan hati tak sakit. Janganlah ego dan kiasu sangat,” ciap pengguna Twitter, @ikarbertweet.

Kaedah masuk lorong secara selang seli ini juga patut diamalkan ketika memandu di lebuhraya selepas keluar dari plaza tol dengan banyak lorong ‘menguncup’ kepada tiga lorong.

Warganet rata-ratanya menyokong amalan zipper merging ini yang dianggap sebagai tanda berbudi bahasa di jalan raya.

“Bagi laluan untuk elak sesak, orang bagi jalan, kita angkat tangan, elakkan memotong atau memintas secara berbahaya.

“Jalan pakai sama-sama, kena give and take,” kata seorang netizen.

Namun, ada juga pengguna jalan raya berkongsikan pengalaman ‘bengang’ mereka semasa mempraktikkan kaedah pemanduan zipper merging.

“Yang penting, kita tengok orang lain elok saja give way berselang seli tapi sampai ke dia, perkara tu tak berlaku.”

“Saya selalu amalkan… tapi paling bengang orang yang tak reti menyabar, muncung kereta saya dah ke depan, dia gigih juga nak masuk.”

“Dah masuk, bawa macam kura-kura pula, konon jaga jarak. Masa berebut tak ingat jaga jarak,” kongsi warganet.

Dalam masa sama, bagi kebanyakan pemandu, tiada masalah untuk masuk lorong asalkan beri isyarat.

Baca juga Naik jejambat tiba-tiba dia ‘recalculating’, ini padahnya bila pembuat dasar terlalu ‘car centric’ bukan ‘people centric’

Baca juga Jangan lupa, kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik kalahkan negara luar yang lebih maju