Malaysia Dateline

Konsert Justin Bieber mungkin dibatalkan, ini pendapat pakar perubatan

Baru-baru ini penyanyi berasal dari Kanada, Justin Bieber, 28, mengumumkan dia mengalami lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt.

Menerusi video selama tiga minit yang dimuat naik di laman Instagram, Bieber memberitahu bahawa keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul.

Dalam masa sama, suami kepada Hailey Baldwin itu mendedahkan dia kini sukar tersenyum selain lubang hidung juga tidak bergerak.

Sindrom Ramsay Hunt yang dihidapinya berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka.

Ikuti pendapat DR YAZEED HAIR JOHARI mengenai penyakit dihidapi Justin Bieber ini:

Saya lihat satu video Justin Bieber berkenaan keadaan mukanya yang separuh lumpuh.

Dia telah didiagnos menghidap sindrom Ramsay Hunt. Penyakit ini dijangkiti oleh virus Herpes Zoster (Zoster Oticus) bermula dengan telinga kemudian melumpuhkan sebahagian saraf muka.

Lebih kurang macam bells palsy. Cuma ianya lebih menjurus kepada Ramsay Hunt disebabkan perbezaan “Rash” dan juga melibatkan permulaan di telinga.

Kalau anda perasan dalam video itu, apabila dia sedang bercakap, bibir sebelah kiri saja bergerak manakala mata sebelah kiri sahaja yang “blink”. Facial expression sebelah kiri sahaja yang bergerak.

Hal ini sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk kembali kepada normal bergantung pada individu.

Ada sesetengah kes seawal tiga bulan ke bawah. Ada juga yang lebih enam bulan dengan bantuan rawatan physiotherapy atau magnetotherapy.

Ada sesetengah yang mengalami lumpuh kekal. Ada yang ambil masa lebih daripada setahun dengan lumpuh separa.

Progonsis untuk jangka masa panjang, ramsay hunt adalah lebih berbahaya berbanding Bell palsy kerana dalam kebanyakan kes, lumpuh separa pada muka akan kekal disebabkan kerosakan saraf oleh virus.

Ada juga kemungkinan akan pekak kekal jika saraf yang rosak tidak boleh pulih seperti biasa.

Konsert Justin bakal dilangsungkan pada Oktober depan. Hanya tinggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi.

Kalau tidak sempat pulih dalam masa yang terdekat, faham-faham sendirilah. Kita tengok nanti apa kemaskini yang mereka akan umumkan untuk peminat yang sudah beli tiket ribuan ringgit.

Jika tanya pendapat saya, tiga hingga empat bulan adalah masa yang sangat singkat untuk pulih daripada Ramsay Hunt syndrome.

Apabila sudah ada “nerve injury”, it takes more than 9 months melainkan jika ada keajaiban daripada Allah sahaja yang boleh memulihkan penyakit ini dengan cepat.

Kalau sembuh sekali pun, pesakit akan tetap perlu meneruskan fisioterapi untuk mengembalikan kekuatan dan memori otot. Memang ambil masa yang lama!

Ramalan saya, konsert ini akan dibatalkan. Nak nyanyi macam mana bibir sebelah saja bergerak.

Baca juga Gara-gara komen nak ganti Justine Bieber nyanyi, Iqbal Zulkefli dihina netizen

Baca juga JPJ gesa pemegang lesen perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun