Malaysia Dateline

Konsert Riuh Sokmo: “Tak dok beza Pas dengan Umno, serupo jah. Pas lagi teruk selindung balik kopiah”

Ingatkan ceramah agama rupa-rupanya Konsert Riuh Sokmo di Stadium Mini Ketereh selama tiga hari tiga malam sempena berlangsungnya program Riuh Sokmo Kembara Kelantan 2022.

Konsert itu menyaksikan kehadiran anak muda lelaki dan perempuan terkinja-kinja walaupun diasingkan sepanjang persembahan artis terkenal tanah air seperti Wings, Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Sekian lama Kelantan tidak dihidangkan dengan konsert seperti itu, ramai yang mengecam tindakan kerajaan negeri Kelantan yang cukup sinonim sebagai kerajaan Islam Pas.

Konsert yang diadakan di Ketereh itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad (Celcom) turut dihadiri Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Sehubunga itu, Timbalan Ketua Awan Kelantan, Nik Faizah Nik Othman mempersoalkan mengapa konsert seperti itu diadakan di negeri itu sedangkan panggung wayang pula tidak dibenarkan.

Baginya mengadakan hiburan seperti konsert lebih teruk apabila membuatkan anak-anak muda terkinja-kinja terutama kepada anak-anak perempuan.

“Aku tengok budak-budak perempuan kat konsert tu terkinja habis melompat-lompat anak baju dia.

Royaknya sebenarnya tak dok beza eh Pas dengan Umno. Serupo jah..hehe.

“Bahkan Pas lagi teruk sebab berselindung sebalik kepiah,” katanya dalam loghat Kelantan.

Justeru, beliau meingatkan Pas agar jangan mudah menjatuhkan hukum pada orang lain kerana ia akan berbalik pada diri sendiri.

Beliau tidak menolak bahawa nama Islam pada parti diterajui Abdul Hadi Awang itu hanya tinggal nama pada pasar, dan kampung bukan pada roh Pas itu sendiri.

Baca juga: Gunung berapi ‘meletus’ muntahkan lumpur di Lahad Datu, ini penjelasan pakar geologi

Baca juga: Gempa bumi landa tenggara Taiwan