Malaysia Dateline

Kos haji naik, menteri jangan sekadar nasihat kena cari penyelesaian agar jemaah dapat tunaikan haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) jangan sekadar memberi nasihat kepada tetapi perlu memainkan peranan untuk mencari jalan penyelesaian konkrit agar jemaah dapat menunaikan haji rukun Islam yang ke-5.

Senator Datuk Idris Ahmad mengingatkan bakal jemah haji supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.

melalui Facebook pendakwah Pahrol Mohamad Juoi tidak menolak hasrat untuk menunaikan haji perlu melihat dan mengukur kepada diri peribadi rakyat.

Namun katanya, sebagai kerajaan yang memegang amanah, tugas kerajaan ialah bagaimana membantu rakyat meningkatkan kemampuan diri dan mengurang kos untuk menunaikan haji serta lain-lain bantuan yang boleh diberikan.

“Peranan rakyat… begitulah (seperti dalam hukum fiqh).

“Namun, peranan kerajaan tentulah lebih sekadar memberi nasihat yang sedemikian,” katanya.

Justeru, katanya kerajaan mempunyai kapasiti sumber dan akses yang lebih besar untuk menjaga maslahat rakyat tidak hanya sekadar beri nasihat.

“tetapi mesti mencari jalan penyelesaian yang lebih konkrit dan praktikal. Wallahua’lam,” ujarnya menafikan tulisannya bukan bermotif politik kepartian.

Awal tahun ini, TH menganggarkan kos menunaikan ibadah itu bagi setiap jemaah muassasah untuk musim 1445 Hijrah/2022 Masihi ialah RM25,540, namun angka sebenar meningkat kepada RM28,632 dan daripada jumlah itu, seorang jemaah muassasah B40 hanya membayar RM10,980, manakala bukan B40 sebanyak RM12,980.

Baca juga: Kos haji meningkat! Menteri Agama ingatkan bakal jemaah haji jangan bergolok-gadai, nilai kemampuan sendiri

Baca juga: 1.3 juta golongan tak layak dapat faedah, Indonesia berusaha buat data yang lebih efektif