‘Kurangkan makan di luar’ antara 5 saranan pakar sedia hadapi kemelesetan ekonomi tahun depan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelabur dan pakar hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsikan lima persediaan untuk orang ramai berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang dijangka membayangi banyak negara termasuk Malaysia pada tahun hadapan.

Katanya, jika tahun ini sahaja kita sudah mula merasakan agak sulit, maka tahun depan akan menjadi lebih sukar.

“World Bank dan International Monetary Fund (IMF) meramalkan akan ada 60 negara yang ‘runtuh’ ekonominya. Di waktu kebimbangan ini, cuba lakukan 5 perkara ini buat sementara waktu,” ujarnya.

Antara 5 langkah yang dikongsi ialah:

1. Kurangi dan hindari hutang

Faedah bank sedang meningkat dengan cepat. Pastikan dalam membayar hutang, mulai dengan hutang yang kadar faedahnya paling tinggi. Bila kena berhenti kerja atau potong gaji cash flow akan cepat terkesan bila faedah bank asyik naik.

2. Cash Is king

Saatnya kita memiliki cash flow atau ‘kecairan’ yang cukup dan ‘sihat.’ Ini bukan bermakna kena jual semua aset yang kita ada seperti hartanah atau saham. Dalam pelaburan, ‘cash‘ bukan hanya berupa wang tunai.

Cash‘ bagi pelabur adalah pelaburan yang aman dan boleh dicairkan dengan cepat. Dengan lebihan cash, kita boleh membeli aset bernilai tinggi dengan diskaun luar biasa waktu begini.

3. Diversifikasi dan manfaatkan saham dan hartanah ‘murah”

Kita boleh rendahkan risiko dengan meletakkan modal di beberapa aset, sektor dan pasaran.

Waktu begini ada beberapa saham dan hartanah yang banyak beri ‘diskaun’ istimewa. Ini bermakna ada peluang dan ruang waktu begini juga.

4. Ubah kebiasaan berbelanja

Luangkan masa untuk semak kembali cara kita berbelanja. Potong perbelanjaan yang tidak penting, kurangkan makan luar .

Selagi kita tak semak belanja ke mana, kita rasa semua belanja adalah keperluan hidup!

5. ‘Prepare for the worst!’

Sediakan payung sebelum hujan. Jika dulu tak pernah ada dana kecemasan, inilah saatnya ada.

Ingat, recession selalu menguntungkan orang kaya dan melahirkan orang-orang kaya baru! Setiap bencana akan ada banyak peluang baru dicipta.

Boleh jadi kemarau, boleh jadi musim dingin yang panjang.

Baca juga: Anak bukan mesin pencen ibu bapa, generasi kini terbeban hutang pendidikan, segala kos mahal – Pakar kewangan

Baca juga: “Salah ni prinsip ’rounding’ dia”- Lagi kes 5 sen, suka hati je kedai genapkan jadi 10 sen