Malaysia Dateline

Lagi kes duit hilang, RM12,000 wang simpanan dekat bank lesap pukul 4 pagi

Dalam masa sebulan, sudah beberapa kali media mengetengahkan isu pengguna yang kehilangan wang di bank. Bukan sedikit, ada yang rugi sehingga berbelas ribu ringgit disebabkan perbuatan tangan-tangan licik.

Lebih memeranjatkan ramai antara mereka mendakwa tidak mendapat notifikasi dari pihak bank seperti kod kebenaran transaksi (TAC). Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah antara mangsa yang terus membabitkan isu kelonggaran sekuriti pihak bank, Selepas itu makin ramai tampil mengadu hal sama.

Seperti yang dikongsi seorang pemuda yang dikenali sebagai Ummar, dia turut menceritakan hal sama apabila mendakwa kehilangan duit sebanyak RM12,000 pada pukul 4 pagi dalam hanya satu transaksi.

Dia mempersoalkan mengapa dia tidak menerima apa-apa notifikasi dari pihak bank dan mendakwa dia meletakkan had pengeluaran hanya RM5,000 dalam satu-satu masa.

“RM12,000 duit saya hilang dari akaun Maybank. Pergi buat laporan di Maybank, mereka kata ada buat pembelian guna debit kad pukul 4 pagi tadi dari Europe. Persoalan di sini, had saya untuk debit kad hanya RM5,000 sahaja. Macam mana boleh buat bayaran RM12,000 sekali transaksi?

“Saya tak hidupkan pun transaksi untuk luar negara sekarang sebab ada kat Malaysia. Kenapa saya tak terima apa-apa notifikasi sedangkan, kalau saya beli tiket wayang pakai debit kad pun biasanya dapat pemberitahuan.

“Saya kat Malaysia je ni sekarang. Kad ATM pun elok je kat sy ni. Macam mana Maybank boleh lepaskan payment yang banyak tanpa tanya customer dulu. Sedangkan kalau saya sendiri nak guna kat luar negara pun selalu decline je,” katanya.

Pemuda itu turut memberitahu, dia perasan ada duit yang hilang selepas dia pulang dari Eropah. Susulan itu dia telah bertindak hadir ke Maybank sebanyak dua kali untuk menukar kad ATM tetapi tidak berjaya.

Katanya ketika itu pegawai bank hanya memaklumkan untuk menukar nombor pin kad dan tidak perlu tukar ka selagi belum tamat tempoh.

“Jawapan pegawai Maybank: Akan dapat semula refund dalam 45hari, tapi tak confirm. kenapa lama sangat sampai 45 hari sedangkan duit tu masih floating?

“kalau tak dapat refund macam mana? Kenapa saya tak dibenarkan buat report polis dan report ke bank negara ye?,” soalnya lagi.

Tangkap layar transaksi merekodkan wang tiba-tiba lesap

Baca juga: Sampai meninggal tak bayar hutang, bila tuntut, waris tak percaya siap ajak sumpah

Baca juga: Mahkamah tolak saman RM1juta Dusuki terhadap Jeming, terbukti PH tidak jual aset kepada bukan Islam