Lagi kes pegawai kanan kerajaan rasuah: Perolehan kenderaan RM290,000 – ‘Datuk’ direman 4 hari

Oleh ARIF ATAN

Seorang ‘Datuk’ direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu menerima rasuah dan salah guna kuasa bagi pelantikan syarikat untuk tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

Ketua jabatan sebuah agensi kerajaan itu terbabit dengan urusan perolehan kenderaan berjumlah RM290,000 untuk kegunaan program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut, lapor BH.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya ketika hadir memberikan keterangan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman sehingga Jumaat ini oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Baca juga Doktor tertua di dunia kerja 9 pagi sehingga 6 petang

Baca juga Padah tak dengar cakap doktor, wanita maut tercekik gigi palsu