Malaysia Dateline

Lagi peringatan ekonomi global 2023 sangat tidak menentu – Apa nasihat pakar ini kepada calon PRU-15?

Pakar ekonomi, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali sekali lagi mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2023 yang sangat tidak menentu.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu menasihatkan penting bagi seluruh calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bersedia dengan situasi tersebut.

“Saya tidak dapat mengelak dari terus mengingatkan Malaysia bahawa status ekonomi global sekarang dan tahun hadapan 2023 adalah sangat tidak menentu.

“Pembangunan dalam krisis. Sila ikuti pelbagai laporan Annual Meetings 2022 World Bank dan IMF. Semua ini akan mengesani Malaysia.

“Malaysia Memilih PRU-15. Yang ingin dipilih – sebaiknya bersedia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Noor Azlan Ghazali

Sebelum ini, beliau berkata, hampir semua negara maju yang merupakan destinasi utama eksport Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Menurutnya, ekonomi Malaysia harus bergantung kepada ekonomi dalam negara sendiri sekiranya permintaan global lemah.

Gesaan Dr Noor Azlan supaya Malaysia bersedia dengan keadaan ekonomi global tahun depan susulan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia 2023 diturunkan kepada 2.7 peratus.

Justeru, beliau mengingatkan Malaysia perlu bersedia dan mempunyai rancangan awal berdepan dengan kelembapan atau air surut ekonomi global 2023.

Jelasnya, kerajaan, industri dan rakyat perlu mempunyai komitmen tinggi untuk mencari jalan penyelesaian terhadap 15 permasalahan struktur yang sekian lama dialami negara ini.

Baca juga ‘Dah macam Belalang nasihatkan bapak dia’ – Aksi si abang nasihat adiknya raih pujian

Baca juga Wanita mualaf minta bapa bukan Islam jadi wali, netizen pakat bagitahu nanti nikah tak sah sebab…