Malaysia Dateline

Lain macam ‘mini love’ budak ni, abang bomba cepat jadi ‘penyelamat’

Aksi seorang kanak-kanak beruniform bomba semasa perarakan Hari Kebangsaan pagi tadi dianggap lain macam oleh warga maya apabila si cilik itu tersilap memberi ‘mini love’.

Rakaman video yang tersebar menyaksikan mulanya anggota bomba di sebelahnya mengangkat tangan kiri budak lelaki itu untuk membuat aksi memberi ‘mini love’ kepada penonton.

Namun, beberapa detik kanak-kanak berkenaan menunjukkan ‘peace’, jari telunjuknya diturunkan serentak mengundang sorakan dan ketawa orang ramai di lokasi sambutan itu.

Aksi menunjukkan isyarat yang tidak disengajakan selama tujuh saat itu kemudiannya cepat-cepat diperbetulkan anggota bomba tersebut serentak mengundang ketawa hadirin.

Kanak-kanak yang menghiburkan penonton itu antara lebih 20,000 peserta perarakan dan persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini.

Lebih bersejarah apabila hari kemerdekaan negara tahun ini kembali disambut di Dataran Merdeka selepas dua tahun tidak dirai meriah akibat pandemik Covid-19.

Baca juga MRT menuju Dataran Merdeka penuh seawal jam 5 pagi lagi

Baca juga Sambutan ambang merdeka bersama 200 pelajar tahfiz dihiasi alunan suci Al Quran