Malaysia Dateline

Langsung tak nampak bayang, ramuan 4 bahan ajaib ini buat ular dan tikus ‘segan’ masuk rumah

Kehadiran ‘Cik Ti’ ini di rumah memang merimaskan.

Langsung tak nampak bayang binatang perosak dan berbisa di dalam rumah jika anda memanfaatkan petua yang menggunakan 4 bahan ajaib ini.

Petua yang dikongsikan Fara Aem ini sudah terbukti amat berkesan dalam usaha mengelak ular dan tikus masuk ke dalam rumah.

Bagaimana untuk menghasilkannya? Hanya campur empat bahan berikut:

1. Garam kasar
2. Minyak kasturi
3. Kulit kayu manis (ditumbuk)
4. Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)

Campuran yang kuat baunya ini kemudian digaul rata sambil berselawat. Letakkan di penjuru ruang tamu, dapur atau mana-mana laluan binatang itu.

Ramai dah cuba, berjaya dengan mengamalkan petua ini. Alhamdulillah. Anda pula? Cubalah!

Baca juga Fokus simpan saja emas, ini tips pakar ketika ringgit boleh jadi sehelai kertas tak bernilai

Baca juga Dapat hadiah RM20,000 kalau turun 15kg, anak-anak mahu Noraniza Idris jaga pemakanan