Laporan polis terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dibuta hari ini susulan kenyataannya yang didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong.
Laporan akan dibuat diseluruh negara hari ini oleh Parti Amanah Negara (AMANAH).
Biro Mobilisasi Amanah menerusi hantaran di Facebook mendakwa perbuatan itu dilakukan ketika Zahid berucap semasa Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
“Merujuk ucapan penuh Presiden Umno pada Taklimat Khas Presiden Umno, beliau telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Yang di-Pertuan Agong.
“Oleh itu satu laporan polis berhubung isu ini akan dibuat pada jam 11 pagi secara serentak di seluruh negara,” jelasnya.
Dalam Taklimat Khas Presiden Umno pada Sabtu, dilaporkan bekas peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd mengkritik institusi mahkamah.
Selain itu, ucapan-ucapan pemimpin Umno antaranya Ahmad Zahid; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menyentuh berkaitan kes Najib itu.
Baca juga: Anak daddy, ini bukan kes khabar angin, ini kes yang disiasat, didakwa dan diputuskan oleh 9 hakim
Baca juga: Lelaki sanggup berbaring 60 jam semata-mata mahu menang wang RM1,566