Malaysia Dateline

Lebih 1 juta kali ditonton, netizen terhibur tengok burung bertenggek atas rambut lelaki yang disangka sarang

Tular video mencuit hati apabila seekor burung dilihat selamba bertenggek di atas kepala seorang lelaki yang disangkanya sebuah sarang.

Burung berkenaan juga kelihatan ‘tidak terusik’ dengan cubaan lelaki berkenaan menghalaunya.

Dengan keadaan rambutnya yang agak kerinting, tidak hairan ia menjadi ‘target’ burung tersebut untuk bertenggek di atasnya.

Video tersebut ada dikongsikan seorang pengguna TikTok @killivgs yang ketika ini sudah meraih satu juta tontonan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat situasi berkenaan apatah lagi burung tersebut kelihatan jinak walaupun disentuh.

Ramai juga memuji lelaki berkenaan yang dilihat sangat tenang dan langsung tidak berkasar dengan haiwan kecil itu.

Baca juga: Disangka mabuk, lelaki ini jadi bahan bualan lepas dirakam tertidur atas motor dengan mulut tenganga

Baca juga: Pemimpin Pas mohon maaf lepas kata undi PH, BN masuk neraka