Malaysia Dateline

Lebih had berat, pengunjung ‘tergantung’ selama 10 minit sebelum diselamat

Setiap permainan di taman hiburan sebenarnya ada had berat yang ditetapkan, jadi pengunjung perlulah berwaspada dengan hal ini.

Sebagaimana ada had ketinggian untuk bermain permainan luncur (roller coaster), bagi permainan lain pula berat ada hadnya.

Terutama buat permainan yang berpusing dan tidak mencecah tanah, faktor berat boleh menyebabkan ia gagal berfungsi, lebih menyeramkan kalau anda terjatuh.

Buat pengunjung sebuah taman hiburan di Bandar Fuyang, Wilayah Anhui, mereka terpaksa berdepan detik cemas akibat ‘Pendulum Ride’ yang dinaiki tidak berpusing.

Kejadian ini berlangsung selama beberapa minit dalam keadaan mereka tergantung pada 19 Januari lalu hingga tular di media sosial.

Rakaman video tersebut menunjukkan, buaian gergasi itu mengalami kegagalan teknikal dan tersangkut di tempat tertinggi.

Disebabkan itu pekerja taman hiburan yang bertugas dikatakan cuba membaik pulih buaian dengan mengawal panel kawalan tetapi akhirnya terpaksa memanjat tiang untuk baiki secara manual.

Pegawai taman hiburan tersebut turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengembalikan semula wang kepada pengunjung yang terjejas.

Baca juga: Ini baru definisi kaya sebenar, tujuh mangkuk cendol durian cecah RM279.30