Malaysia Dateline

Lepas beli kupon dijanjikan dapat pulangan wang, jurutera wanita rugi RM261,000 dengan 17 transaksi

Akibat diperdaya untuk membeli kupon dan djanjikan dapat pulangan selepas tempoh 30 minit membayar daripada sindiket penipuan jurutera wanita rugi RMRM261,000.

Wanita umur 40 tahun itu diperdaya sindiket penipuan bagi pulangan pelaburan kupon tidak wujud pada awal bulan lalu.

Dilaporkan wanita terbabit telah berkenalan dengan suspek iaitu seorang lelaki tempatan menerusi aplikasi Tinder pada awal Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada kelmarin.

“Pada awal bulan Julai mangsa berkenalan dengan suspek di aplikasi Tinder.

“Pada pertengahan bulan sama, mangsa diperdayakan untuk membeli kupon yang dijual oleh suspek setelah suspek berjanji, bahawa mangsa akan mendapat pulangan wang sebanyak lima peratus dan modal dalam tempoh 30 minit selepas pembayaran pembelian kupon dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa kemudian menggunakan wang simpanannya dengan melakukan 17 transaksi pemindahan secara dalam talian ke dalam akaun-akaun bank yang diberikan suspek.

Katanya mangsa turut diberikan pautan laman web untuk melihat keuntungan yang bakal diperoleh namun pautan tersebut tidak dapat diakses oleh mangsa.

“Lebih malang lagi suspek telah gagal dihubungi selepas itu.

“Akibat kejadian itu mangsa kerugian RM261,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berurusan dengan orang yang tidak dikenali, atau dikenali secara maya termasuk apabila melakukan transaksi dalam jumlah yang besar.

Baca juga: AJK masjid, surau di Selangor dilarang terlibat aktiviti politik termasuk sumpah laknat

Baca juga: Tak cukup mansuh seksyen 377A, Singapura bakal mansuhkan larangkan perkahwinan sesama jenis