Malaysia Dateline

‘Lepas ni kereta sebelah pula, satu-satu saya bakar’ – Bermacam hasil suntingan hiburkan orang ramai

Hasil suntingan mereka yang arif mengenai grafik menerusi kumpulan Facebook Edit Apa Hari Ni? dilihat sentiasa menghiburkan orang ramai.

Salah satunya, gambar yang menunjukkan seorang wanita dilatari bangunan lima tingkat berwarna jingga.

“Hai gaisss… Tolong buang (padam) kereta-kereta tu. Biar saya bersama bangunan je. Tapi adjust kasi nampak macam terbang-terbang sikit,” kata pengguna Facebook, Siti Fatimah.

‘Akibatnya’ pelbagai hasil gambar yang diedit mengundang rasa lucu warga maya dengan ada antaranya, bertindak ‘membakar’ kereta tersebut.

“Lepas ni, kereta sebelah pula, satu-satu saya bakar,” kata seorang warganet.

Tidak kurang juga yang menyunting foto tersebut dengan tema musim bah manakala wanita berkenaan dilihat laju pula sudah berada di tingkat atas bangunan itu.

Makin banyak pula kereta, tiba-tiba musim banjir,” usik Hafizzuddin Hasan.

Ada pula yang menghasilkan suntingan dengan ‘penampilan khas’ warga Bangladesh walaupun permintaan wanita itu supaya deretan kenderaan itu dipadam ditunaikan.

“Demi adikku sayam, saiya pun turut ekut adik tiribangu jam (jump), I pun jam..yahuuu,” gurau Adeq’ Azreen.

Paling ‘kejam’ apabila wanita tersebut pula yang ghaib bukannya kereta seperti dipinta pemilik gambar itu.

“Ah, sudah! Dia yang hilang dulu. Terbang terus orangnya,” komen netizen lain.

Baca juga Pak Nil gembira Zamani kembali boleh menyanyi kurang sebulan selepas pembedahan

Baca juga Gara-gara rumah ‘diserang’ puluhan tikus, seorang wanita kini jadi gelandangan