Malaysia Dateline

‘Lirik halal’ versi bahasa Melayu terjemahan dari lagu Rusia ini raih pujian orang ramai

Rakyat Malaysia sejak semalam memuji ‘lirik halal’ versi bahasa Melayu bagi lagu Rusia popular di TikTok apabila kini sudah diterjemah secara penuh dengan judul Cinta Ini.

Pujian tersebut antara lain kerana usaha di pihak penyanyi remaja, Amirchik yang menterjemahkan lagu ‘Eta Lyubov’ itu dengan menggugurkan unsur yang bercanggah dengan norma masyarakat Melayu Islam.

Sebelum ini, penyanyi berusia 18 tahun berkenaan memuatnaik lirik sebutan parodi yang hanya mengikut lidah Melayu seperti ‘terlupo sama akmal’, ‘miskin harto’ dan ‘si bapak kau’.

Rata-ratanya rakyat Malaysia menyambut baik lirik lagu sedih tetapi muzik rancak yang tiada unsur haram itu.

Hal ini kerana lirik asal yang menyebut tentang arak, dadah dan mabuk hingga ke pagi itu diganti dengan “mendongak langit hingga ke pagi”.

Baca juga ‘Lirik’ ikut lidah Melayu hiasi video muzik lagu ‘terlupo sama akmal’

Baca juga Hanya pesan makanan, tuan kedai caj 50sen kalau tak pesan minuman