Malaysia Dateline

Luruh jantung tengok mak-mak merempit siap buat aksi Superman masa tunggang motor

Seorang wanita di Indonesia melakukan aksi berbahaya dengan merempit sambil membuat lagak Superman ketika menunggang motosikal.

Kejadian itu dirakam penunggang motosikal lain yang ketawa melihat aksi wanita yang sudah separuh baya.

Dia dilihat mengangkat kakinya ke belakang dan diletakkan di atas tempat duduk. Manakala tangan kirinya digenggam dan diangkat ke hadapan meniru gaya adiwira.

Wanita berkenaan memotong beberapa kenderaan termasuk lori ketika jalan raya agak sesak.

“Emak-emak melakukan aksi saat menunggang motor, biar betul mak?,” tulis pengguna @andreli_48 yang memuat naik video berkenaan.

Video tersebut kemudian menarik perhatian netizen negara itu yang bimbang melihat aksi sebegitu rupa.

“Waras mak? Bahaya loh itu. Selain membahayakan diri, bahayakan orang lain juga. Lain kali kalau mahu beraksi atas jalan, di jalan-jalan kebun aja mak,” kata netizen.

Baca juga: Kesatuan sekerja KTM mahu Anthony Loke dilantik semula Menteri Pengangkutan

Baca juga: Adakah aku ahli neraka, netizen terkejut makan ubat sakit dikira haram oleh Ustazah Afifah