Malaysia Dateline

Kesatuan sekerja KTM mahu Anthony Loke dilantik semula Menteri Pengangkutan

Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) mahu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilantik semula sebagai Menteri Pengakutan.

Dalam satu kenyataan bertulis mereka, Presidennmya, Abdul Razak bin Md Hassan berkata, pihak kesatuan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melantik Loke menjadi Menteri Pengangkutan Malaysia.

“Pihak kesatuan memberi sokongan ini berdasarkan kepada track record YB Anthony Loke ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020,” kata Abdul Razak dalam kenyataan dua muka surat itu.

Mereka yakin, masalah pengangkutan yang dihadapi oleh negara sekarang tidak akan terjadi jika beliau kekal sebagai Menteri Pengangkutan.

“Berbanding apa yang berlaku hari ini, yang mana telah menimbulkan banyak rungutan terhadap pengguna bukan sahaja untuk perkhidmatan kereta api, malah juga kepada semua pengangkutan awam lain, sama ada di bawah kendalian Prasarana atau lain-lain.

“Dengan pelantikan Loke, kami yakin beliau ialah seorang yang amat prihatin kepada pekerja dan KTMB itu sendiri, ini secara mutlaknya akan memberi manfaat khususnya terhadap pekerja KTMB sendiri,” katanya dalam kenyataan itu.

BACA JUGA ‘Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup’ – Anwar

JUGA Gaji, saiz anggota Kabinet akan dikurangkan – Anwar

DAN JUGA Pemimpin dunia ucap tahniah pada Anwar, berharap dapat kuatkan kerjasama dua negara