Malaysia Dateline

“Macam orang malas buat kerja”, jadual ala kadar acara SUKMA Terengganu dikritik, netizen kata dah serupa slip periksa

Memasuki dua hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang akan menutup tirai esok, tumpuan kini terarah kepada negeri Terengganu selepas laman Facebook rasmi negeri itu dihujani komen pedas orang ramai yang mengkritik kerja ‘ala kadar’ pentadbir halaman itu.

Ini disebabkan jadual acara sukan para atlet dipaparkan dalam bentuk sangat ‘plain’ yang dikatakan hanya screenshot salinan acara dari Microsoft Excel dan terus dimuatnaik ke Faceook tanpa sebarang paparan grafik.

Perkara tersebut telah menyukarkan orang ramai untuk mengenalpasti acara yang sedang berlangsung pada hari itu.

Malah jika dibandingkan dengan infografik acara dari negeri-negeri lain, kebanyakan negeri menggunakan grafik yang mudah dibaca dan difahami.

Ia jauh berbeza dengan Terengganu yang kemudiannya mendapat sindiran ramai dengan mengatakan penyedia infografik negeri itu pemalas.

Paparan jadual negeri Terengganu

Antara jadual acara bagi negeri Kelantan, Johor dan Perlis

Antara gambar yang dikongsikan pengguna media sosial

Hasil kerja yang dipaparkan penyedia infografik yang mewakili Terengganu itu sememangnya mendapat komen tidak senang dari warga maya yang menganggap pihak yang mengendali pasukan negeri itu seperti terpaksa mahu buat kerja.

Mereka juga meminta agar pihak atasan memantau hasil kerja urusetia yang bertanggungjawab mengendali laman sosial supaya tidak terlihat seperti pemalas dan tidak mahu bekerja.

“Macam terpaksa je nak buat jadual aksi atlet Terengganu ni. Mohon pihak atasan lebih pekalah walau hanya jadual tapi sekurang-kurangnya kami dapat tengok dengan lebih jelas lagi,” komen pengguna Facebook, Taqiyuddin.

“Buanglah staff kalau malas kerja. Jadual pun tulis Excel tulis gitu. Cuba buat gok template molek tulis molek. Ke admin bidang tejung sampai tak tahu pasal grafik dan poster ni,” tulis Alif.

Baca juga: Dulu sakit terpaksa mohon baitulmal, penerima zakat mohon hentikan bantuan lepas stabil dengan gaji RM2,400

Baca juga: TikTok larang semua iklan berbaur politik dan kempen kutip dana untuk ahli politik