Malaysia Dateline

“Penerangan cap ayam!” – Video Keluarga Malaysia borak pasal harga minyak masak, kena ‘troll’ dengan netizen

Sejak kerajaan memansuhkan subisidi minyak masak sawit, banyak bantahan dan keluhan diluahkan orang ramai. Banyak penjelasan dibuat namun tidak dapat meredakan kemarahan rakyat Malaysia.

Susulan itu, Twitter Keluarga Malaysia memuat naik satu sketsa pendek dengan tujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengapa harga minyak semakin meningkat.

“Minyak masak menjadi bahan bualan kebelakangan ini akibat kenaikan harga. Nak tahu kenapa minyak masak naik harga, jom tonton!,” tulis @MyKeluargaMsia di Twitter.

Video berkenaan menunjukkan dua orang lelaki sedang berborak berkenaan harga minyak masak. Salah seorang bertanya kepada rakannya, sama ada dia tahu atau tidak harga minyak semakin mahal.

Rakannya itu pula tampil menjelaskan sambil membaca sesuatu di telefon, bahawa sebenarnya bukan minyak masak makin mahal, tetapi subsidi minyak dah ditamatkan.

Video tersebut tular dengan lebih 417,000 tontonan. Bagaimanapun rakyat Malaysia tampil mengkritik penyampaian video berkenaan dan meluahkan rasa marah dengan kualiti video dari Keluarga Malaysia yang dianggap seolah sudah tiada ‘bajet’.

“Baca skrip ke mamat tu?”

“Nampak sangat baca skrip. Cuba nasib kot-kot ada yang nak percaya. Moga-moga rakyat diberi petunjuk,” komen pengguna Twitter di ruangan komen Keluarga Malaysia.

“Berapa bajet keluar untuk buat video ni? Video students buat third language masa UiTM dulu lagi elok kot,” kata pengguna lain.

Ada juga yang berkata bahawa kerajaan dari dahulu sampai sekarang seperti cap ayam apabila mengeluarkan video-video berbentuk penerangan.

“Kerajaan ni dari zaman dulu sampai sekarang memang cap ayam kalau buat video-video penerangan ni. Memang cap ayam. Yang ok pun yang budi bahasa budaya kita tokti nyanyi. Itu pun sebab tokti. Inilah jadi kalau sauk duit masuk poket banyak sangat,” komen pengguna lain

“Buat persediaan untuk lakonan, baca dan hafal skrip dan pastikan penyampaian jelas serta sampai. Jika buat kerja tidak sempurna, natijahnya penyampaian bukan lagi bermakna malah menjadi cacian. Rakyat bukan bodoh, tiada masalah untuk beri didikan tapi biarlah cerdik,” tulis pengguna lain pula.

Baca juga: Isu bumbung stadium runtuh: Cukup-cukuplah Najib dengan kes mahkamah tu, jangan tambah lagi

Baca juga: “Kita tak nak Malaysia bankrap macam Sri Lanka”- Warganet mahu pemimpin rasuah dijatuhkan segera

Baca juga: Noh jawab isu masalah rumahtangga dengan Mizz Nina