Mahkamah tolak saman RM1juta Dusuki terhadap Jeming, terbukti PH tidak jual aset kepada bukan Islam

Oleh KIM SYAZIE

Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menolak saman yang difailkan bekas ahli jawatankuasa ulama Pas, Ustaz Dusuki Rani terhadap Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.

Ahmad Dusuki memfailkan saman fitnah RM1juta berhubung satu video yang dimuatnaik Hazmi yang menuntut permohonan maaf kerana pemimpin Pas itu didakwa memfitnah aset Tabung Haji (TH) dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan memerintah negara.

Selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak, hakim, Zaman Mohd Noor mendapati bahawa video yang dimuatnaim Hazmi bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

“Ia satu fitnah terhadap PH. Sementara itu, hakim juga mendapati pembelaan ‘common law’ yang dibangkitkan termasuk justification, fair comment dan qualified privilege sebagai ahli politik telah dibuktikan oleh Hazmi.

“Dengan kemenangan ini, Ahmad Dusuki diperintahkan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Hazmi,” tulis kenyataan yang dimuatnaik Hazmi di Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Dusuki diwakili peguam Nurul Aliya dan Hazmi pula diwakili peguam, Faiz Fadzil.

Terdahulu dalam satu notis tuntutan saman, Ahmad Dusuki melalui peguamnya menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Hazmi susulan satu kandungan video di laman YouTube pada 15 Julai 2020.

Ahmad Dusuki mendakwa Hazmi atau Jeming Hassan telah memfitnahnya.

Kandungan video yang dimuat naik di YouTube Jeming itu antara lain mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Dusuki mengenai TH semasa pentadbiran PH.

Dia mendakwa Ahmad Dusuki telah memfitnah mengatakan aset TH dijual kepada orang bukan Islam.

Baca juga: “Mereka berenang ketika hujan lebat”- 4 pelajar pondok termasuk seorang warga Malaysia lemas di Aceh

Baca juga: Niat nak bagi ibu duit gaji pertama, gadis ini teruk menangis lepas tersalah ‘bank in’ dekat orang lain