Malaysia Dateline

Main skuter di sekitar KL jadi tarikan rakyat Malaysia, bersiar-siar sambil tengok KLCC

Main skuter di sekitar KL jadi tarikan rakyat Malaysia, bersiar-siar sambil tengok KLCC. Boleh dikatakan skuter elektrik ini sudah menjadi satu tarikan malam rakyat Malaysia untuk meluangkan masa di malam minggu.

Di Ibu negara Kuala Lumpur, penggunaan sewa skuter elektrik sememangnya popular dalam kalangan anak muda dan juga keluarga. Mereka mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan menara berkembar KLCC pada malam hari.

Tetapi bukan sahaja di KL tau, malah beberapa negeri lain juga sudah memperkenalkan skuter elektrik ini di kawasan-kawasan bandaraya seperti di Johor Bahru.

Keadaan jalan di sekitar kawasan KL pada waktu malam adalah kurang sibuk menyebabkan pengunjung dapat menaiki skuter elektrik dengan lebih selamat.

Bagaimanapun anda dilarang bermain skuter di atas jalan raya. Perkara itu sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Anda hanya dibenarkan menggunakan skuter elektrik tersebut di siar kaki sahaja atau di kawasan yang mempunyai tempat pejalan kaki.

DIlaporkan, setiap skuter yang diletakkan di pinggir KLCC mengenakan harga yang berbeza mengikut jenama skuter itu sendiri. Antara skuter yang banyak disediakan ialah jenama BEAM, TRYKE dan ada beberapa skuter elektrik lain yang dijaga oleh peniaga skuter tersebut.

KELIHATAN pengunjung menunggang skuter elektrik ketika tinjauan susulan PKPB di ibu kota. FOTO Bernama

Bagi skuter Beam, caj pertama ialah RM2.50 dan tambahan 30 sen untuk setiap minit. Kelajuan e-skuter itu dibataskan kepada 20 kmsj dan helmet tidak perlu digunakan (walaupun Beam berkata lebih baik sekiranya ia dipakai).

Kadar harga penggunaan skuter elektrik yang lain adalah sebanyak RM0.50 ke RM0.65 seminit. Orang ramai boleh membuat anggaran untuk menggunakan skuter tersebut selama mana mereka mahu dan sistem pembayaran adalah secara atas talian sepenuhnya.

Rata-rata jenama skuter elektrik telah dilengkapi dengan sistem aplikasi yang boleh dihidupkan secara imbasan QR kod sahaja.

Dah guna kemudian boleh tinggalkan di mana-mana sahaja

Apa yang menarik, jika anda menggunakan skuter elektrik di sekitar KL, anda boleh meninggalkan skuter itu di mana-mana sahaja tanpa perlu meletakkannya di tempat asal.

Seperti skuter Beam, Naib Presiden produk e-skuter itu berkata: “Penyewa e-skuter kami tidak perlu memulangkan skuter itu ke tempat-tempat khas kerana kami percaya lebih mudah untuk mereka tinggalkan di mana mereka perlu berhenti,” ujarnya.

Ada lebih kurang 200 e-skuter Beam yang disediakan untuk operasi pertama mereka di Malaysia ini.

Untuk menggunakannya, pelanggan perlu memuat turun aplikasi ke telefon pintar mereka. Kemudian, mereka perlu membuka Bluetooth dan data mobil dan masukkan info kad debit/kredit. 

Pelanggan turut menerima insuran am dan peribadi ketika menggunakan e-skuter itu.

Baca juga: Mahasiswa dah boleh mula mohon tablet bermula esok, ini spesifikasi minimum tablet siswa patut tahu

Baca juga: Tergamak liwat anak sendiri, lelaki berusia 51 tahun ditahan