Majlis perkahwinan menjadi kecoh apabila 150 polis Israel bertindak melepaskan bom dan gas pemedih mata ketika menahan seorang pengantin perempuan Palestin.
Kejadian berlaku di bandar Arraba Utara Israel yang kebanyakkan mempunyai ramai penduduk Palestine semasa majlis perkahwinan wanita itu berlangsung.
Susulan penahanan itu, pasukan polis menggunakan bom yang kurang membawa maut dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang membantah tindakan itu.
Menurut Thabbah, kira-kira 150 anggota polis Israel mengambil bahagian dalam serbuan itu menyebabkan suasana panik berlaku dalam kalangan tetamu perkahwinan.
Polis rejim Zionis kemudian dilaporkan berkata bahawa pengantin perempuan dibawa untuk disoal siasat tanpa niat untuk menangkapnya.
Menurut laman berita Arab48, polis memberitahu bahawa pengantin lelaki telah ditangkap pada minggu lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret Acre dengan syarat dia tidak memasuki Arraba.
Peguam pengantin terbabit Thabbah menyatakan bahawa polis rejin Zionis menahan anak guamnya selama beberapa jam atas alasan mengganggu siasatan sebelum dibebaskan dan kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah selama lima hari.
“Saya tidak faham penyiasatan mana yang diganggu oleh pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak hadir dan dia tidak ditahan, jadi apakah siasatan yang dibincangkan oleh polis?” kata Thabbah kepada laman berita Al-Jarmaq News.
Peguam itu turut mengkritik polis kerana melakukan penahanan secara sewenang-wenangnya dengan menyatakan ia dilakukan untuk menutup penilaian salah oleh pihak polis bahawa pengantin lelaki berada di sana.
Thabbah berkata, satu aduan mengenai salah laku polis Israel akan difailkan kerana menggunakan kekerasan berlebihan tanpa alasan yang munasabah ke atas anak guamnya itu.
Satu rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan pengantin perempuan itu diiringi oleh anggota-anggota pihak berkuasa negara haram Israel ke dalam kenderaan polis.
Baca juga: Mayat lelaki tempatan dalam bonet kereta disyaki dibunuh, 7 warga asing ditahan
Baca juga: Padah panjat dan ceroboh zoo, lelaki maut dibaham singa