Malaysia Dateline

‘Mak guard’ tak bagi naik hantar makanan, rider terkejut kena maki bodoh dengan pelanggan

Orang kata kalau nak bekerja sebagai rider penghantar makanan, hati kena kental. Kena kental hadap kerenah pelanggan yang bermacam ragam.

Mana tidaknya, sudah banyak kali perselisihan timbul di mana rider tidak dapat menghantar makan di hadapan pintu rumah pelanggan walaupun kebanyakan pelanggan sudah memilih opsyen berkenaan.

Menerusi perkongsian di Facebook GrabFood Rider Malaysia, seorang rider meluahkan rasa terkejut apabila pelanggan memakinya selepas makanan tidak dapat dihantar di hadapan pintu rumah.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Neil Robinson berkata, dia pada awalnya telah memaklumkan pada pelanggan bahawa pengawal keselamatan di situ tidak membenarkan rider memasuki kawasan perumahan berkenaan, namun pelanggan tetap berkeras mengatakan rider sebenarnya dibenarkan masuk.

Setelah tidak berpuas hati kerana pengawal keselamatan di situ menghalang rider masuk, pelanggan tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada rider berkenaan.

“Kena bodoh dengan customer sebab security tak bagi hantar sampai atas. Order masuk dia dah siap mesej unit rumah dia. Aku pun cakap lah tempat ni tak boleh naik.

“Dia dengan selamba badak dia cakap ‘semalam saya order Grab boleh je naik‘. Aku pun ambil je lah order macam biasa sebab dia kata boleh naik. Sampai pondok pengawal keselamatan, makcik guard dekat situ dah cakap tak boleh naik. Aku pun cakap lah dengan makcik tu ‘customer tu demam kak, tak boleh turun‘.

“Tapi makcik tu berkeras katanya rider memang tak boleh naik. Aku pun suruh makcik tu cakap dengan customer sendiri. Aku call customer tu. Entah apa dia cakap, kemudian aku mese customer tu cakap nak letak dekat mana sebab benda dah tak boleh naik. Dia siap boleh bodohkan aku pula tu,” tulisnya di Facebook.

Situasi tersebut membuatkan ramai rider turut meluahkan perkara sama apabila ada antara mereka pernah mempunyai pengalaman serupa apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

Mereka berkata, banyak kali berlaku apabila pelanggan meninggalkan nota untuk pesanan di hadapan pintu, tetapi pengawal keselamatan pula yang melarang rider naik ke kawasan perumahan tersebut.

Mereka percaya bahawa pengawal keselamatan sendiri sepatutnya bertolak ansur dan pelanggan juga perlu memahami peraturan kawasan kediaman mereka sekiranya rider tidak boleh memasuki kawasan tersebut.

“Budi bicara itu penting… Maaf cakap lah kebanyakan guard semua macam tu tak ada nak bertolak ansur nak fikirkan masalah orang. Pandang rendah sangat pada Grab macam besar sangat pangkat dia kat situ. Sedangkan polis pun boleh bertolak ansur,” komen pengguna Facebook.

“Bodoh kan balik. Cakap dengan dia lain kali duduk rumah flat. Boleh naik sampai dalam rumah siap suapkan. Kalau aku lama dah manusia sombong macam ni kena,” tulis pengguna lain pula.

Customer kena lah settle dengan management masing-masing, bukan rider yang kena tanya kenapa tak boleh naik. Kalau guard cakap tak boleh, tak boleh lah. Tanya lah management masing-masing. Nanti rider banyak soal dekat guard nanti boleh bawa bergaduh,” tulis pengguna lain.

Sementara itu, rider tersebut sempat meninggalkan pesanan agar rider-rider yang lain tidak berkeras memasuki kawasan perumahan yang sememangnya dilarang kerana jika ada barang yang hilang, mereka boleh dilabel sebagai suspek.

“Kalau kondominium atau apartment yang tak boleh naik janganlah korang cuba-cuba naik. Bukan apa, takut barang residen hilang korang pula jadi suspek. Tak pasal-pasal muka wanted dekat guard house. Ini la masalahnya ayat customer ‘rider lain boleh je naik’,” tambahnya lagi.

Baca juga: SMS mendakwa MySejahtera beri RM800 melalui TNG eWallet adalah palsu, taktik curi data orang awam

Baca juga: Lebih 100 jemaah haji fail saman RM3 juta, rupanya sampai hari ini seorang pun belum terima ganti rugi. Ini yang anda perlu tahu