Malaysia sedang alami krisis ekonomi serius, ini fakta Jabatan Perangkaan yang anda wajib tahu

Oleh ARIF ATAN

Malaysia sebenarnya sedang mengalami krisis ekonomi serius dengan kadar inflasi yang terus meningkat seperti didedahkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Kadar inflasi Malaysia pada bulan lalu meningkat sebanyak 4.7 peratus berbanding Julai dengan 4.4 peratus.

Kadar inflasi 4.7 peratus merupakan angka terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, inflasi makanan juga melambung 7.2 peratus berbanding Julai dengan 6.9 peratus.

Kadar peningkatan tersebut adalah tertinggi dalam rekod.

Berikut kadar inflasi makanan pada Ogos dengan peningkatan semua jenis makanan:

Makanan di rumah: 6.4%
Makanan luar rumah: 8.4%
Daging: 9.9%
Susu, Keju, Telur: 9.4%
Sayur-sayuran: 8.9%
Beras, Roti, Bijiran lain: 6.2%
Minyak, Lemak: 4.0%
Ikan, Makanan laut: 3.7%
Buah-buahan: 4.1%
Gula, Jem, Madu, Coklat, Manisan: 3.3%

Secara perbandingan dalam kalangan negara ASEAN, ini adalah kadar inflasi terkini sehingga Ogos lalu kecuali yang dinyatakan dalam kurungan:

▪️Vietnam 2.89
▪️Brunei 3.9 (Jun 2022)
▪️Indonesia 4.69
▪️MALAYSIA 4.7
▪️Filipina 6.3
▪️Singapura 7.5
▪️Thailand 7.86
▪️Kemboja 7.9 (Jun 2022)
▪️Myanmar 17.78 (April 2022)
▪️Laos 30.1

Baca juga ‘Jangan cantas pucuk tapi mulakan dari akar’ – Ringgit merudum, harga barang dibimbangi makin naik

Baca juga Rakan serumah pukul duda pemalas kerja hingga maut