“Mampu ke nak taja kami semua?”, Rupanya ramai dah terkena dengan PA Khairul Aming bermulut puaka, kekwat

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini tular cerita yang tidak sedap didengar tentang chef selebriti, Khairul Aming yang popular melalui video-video masakan di Instagram.

Dikhabarkan, seorang individu telah memuatnaik satu ciapan Twitter yang memberitahu telah tidak lagi mengikuti usahawan muda itu selain mengutuk sikap pembantu peribadi Khairul Aming.

Individu berkenaan yang merupakan pemilik Twitter _NazriH, mendakwa, PA Khairul Aming bermulut ‘puaka’ dan kekwat sewaktu dihubungi untuk berurusan dengan usahawan Sambal Nyet tersebut.

Dalam perkongsiannya, dia berkata sudah ramai yang berhadapan dengan situasi sama sepertinya apabila dilayan buruk oleh pembantu Khairul Aming.

Individu berkenaan itu turut membandingkan sikap pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jauh lebih elok berbanding dengan PA tersebut.

“Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.

“Kekwat nak mampus. Aku contact manager Tokti pun tak kekwat macam kau. Aku dah fed up. Aku pun cakap lah; ‘Boleh tak saya nak cakap dengan influencer tu terus?’. Lepas itu PA puaka tu cakap:

“‘Haa apa-apa berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya ye. Tak apa ya kami tak berminat. Sebab kami pun busy nak shoot video lagi’,” ciap individu berkenaan.

Luahan itu kemudian menarik perhatian warganet yang turut mendedahkan perkara sama apabila mendakwa pernah dihina oleh pembantu Khairul Aming.

Its true. Sis kena awal tahun haritu, kalau tak boleh review cakap je elok-elok. Siap cakap ‘who are you? Terus nak cari Khairul Aming. Kalau you baru start, better you cari yang level you je. You mampu ke nak taja kita orang semua?,” luah warganet yang menyatakan rasa menyesal menghubungi usahawan itu.

“Sama sis sama! Ya Allah selama ni I diam sebab sedih sorang-sorang kena hina kahkah tak sangka ada yang kena benda sama,” komen pula yang lain.

“I pernah call dia time tu dia jawab but macam bising-bising pastu i tanya lah “Is it okay to talk right now?” pastu dia jawab “Dah orang jawab ni, cakap je lah”. RED FLAGGGG. Terus ban je lah influencer itu,” luah pula pengguna Twitter yang lain.

Dalam pada itu ada yang beranggapan bahawa Khairul Aming perlu mengambil pembantu baru yang lebih profesional untuk mengendali klien-klien di luar.

Ia adalah lebih baik berbanding mengupah rakan-rakan sendiri yang boleh menjejaskan imej perniagaan dia sendiri

“Penat nak buat bisnes, jangan disebabkan PA, habis melingkup orang cancel,” tulis warganet lain.

Baca juga: “Kena buat FB live jual getah ke?”, Sifu pemasaran dikritik lepas bagi tips nak naikkan jualan getah kena ada ‘marketing’

Baca juga: ‘Kita tidak undi anak, bini wakil rakyat campur tangan, buat jenayah’, tokoh wartawan ini dedah ada isteri YB melenting bila ditegur