Seorang lelaki warga emas di selatan India nekad membakar dirinya sendiri sehingga mati kerana membantah dasar kerajaannya mengenakan penggunaan bahasa Hindi di seluruh negara.
MV Thangavel, 85, seorang petani di negeri selatan Tamil Nadu, menyiram dirinya dengan petrol dan minyak tanah dan membakar dirinya, kata polis.
Lelaki oktogenarian itu memegang sepanduk Tamil yang berbunyi: “Kerajaan Modi berhenti mengenakan bahasa Hindi. Mengapa kita perlu memilih bahasa Hindi berbanding Tamil kita yang kaya dengan sastera… ia akan menjejaskan masa depan belia kita.”
Lapor AFP, pihak polis tempatan memberitahu bahawa Thangavel telah membunuh diri.
“Beliau menulis sepanduk menentang kerajaan pusat,” kata pegawai polis yang dikenali sebagai Senthil.
Thangavel melakukan bantahannya kelmarin di luar sebuah pejabat di Salem, di kawasan parti pemerintah Tamil Nadu, DMK.
Tindakan bunuh diri ahli parti itu berlaku ketika kurang daripada daripada 44 peratus warga India berbahasa Hindi mengikut bancian terbaharu pada 2011.
Bulan lalu sekumpulan ahli parlimen yang diketuai oleh menteri dalam negeri yang berkuasa, Amit Shah mencadangkan supaya Hindi dijadikan sebagai bahasa rasmi negara, termasuk untuk pendidikan teknikal seperti perubatan dan kejuruteraan.
Perdana Menteri nasionalis Hindu, Narendra Modi telah bercakap mengenai ‘mentaliti hamba’ di sekitar penggunaan bahasa Inggeris, dan mempromosikan penggunaan bahasa India.
Walau bagaimanapun, pihak lawan menuduh kerajaannya cuba mengenakan bahasa Hindi, sekaligys mencetusakan rasa tidak puas hati rtentu di selatan.
Kebanyakan bahasa India selatan adalah Dravidia, keluarga bahasa yang sama sekali berbeza dengan kumpulan Indo-Eropah yang merangkumi bahasa Hindi.
Baca juga ‘Kalau aku meja tu tinggal separuh dah, separuh lagi dalam perut’
Baca juga Tak sedar ada CCTV, remaja leka buka dan kira wang tabung masjid sebelum curi