Malaysia Dateline

‘Mat Kilau’ kongsi surat cinta budak sekolah, netizen nasihat ‘move on’ cari kekasih baru

Satu surat cinta monyet zaman sekolah yang dikongsikan pemegang watak utama filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra di media sosial menarik perhatian orang ramai.

Banyak kata semangat bernada lucu diberi kepada si pengirim satu surat cinta yang tular itu termasuk nasihat agar ‘move on’ cari kekasih baru sahaja.

Orang ramai terhibur membaca luahan perasaan dipercayai murid perempuan terhadap kekasih ‘tak jadinya’ yang dipanggil Naim.

“Buat kau yang mengirim surat, biarlah Naim berbahagia dengan Amani. Kau ‘move on’lah cari kekasih baru. Kumbang bukan seekor dik,” nasihat Idora Darwina.

Bukan sedikit juga netizen yang nampaknya sama diheret nostalgia cinta monyet pada zaman di bangku sekolah lalu.

Tidak kurang yang berseloroh menyifatkan siaran drama Melayu berepisod yang ditayangkan jam 7 malam amat kuat pengaruhnya.

“Kuat sangat tengok drama pukul 7 ni,” kata Nor Fariha Othman.

Susunan ayat yang kemas dalam surat itu turut mengundang ulasan Rozi Abdul Samad yang menulis, “syahdu shahdannya surat.”

Baca juga Najib lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes rasuah SRC, rakyat sinis anggap pandai ‘beli’ masa

Baca juga Alami masalah saraf, lelaki kini boleh ‘merasa’ dan ‘menghidu’ perkataan