‘Melampaulah, teruknya!’, lelaki bengang lampu pejalan kaki dah hijau tapi kereta semua tak beri laluan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang warga maya di Facebook meluahkan rasa terkejut melihat sikap pemandu di ibu kota yang selamba melanggar lampu isyarat merah dan tidak menghiraukan giliran orang lain untuk melalui lintasan pejalan kaki.

Menurut pemilik akaun Hijaz Ridzwan, dia ketika itu bersama keluarga berjalan dari hotel untuk menuju ke KLCC.

Bagaimanapun ketika lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah pun bertukar hijau, tiada satu kereta pun yang berhenti untuk memberikan laluan.

Dalam rakaman tersebut jelas terlihat beberapa buah motor dan kereta meluru dengan laju dan melanggar lampu isyarat yang sudah bertukar merah untuk kenderaan. Terdengar dari video itu, keluarga berkenaan sangat terkejut dan mengatakan itu sebagai melampau kerana lampu isyarat sememangnya berfungsi waktu itu.

“Eh! Astaghfirullah. Melampaulah. Teruknya!”.

“Pagi tadi kami sekeluarga berjalan dari hotel ke KLCC. Apabila sampai pedestrian crossing, alangkah terkejutnya kami apabila tidak ada satu pun kereta berhenti walaupun lampu mereka dah merah.

“Nasib baik anak-anak tak terus lari cross jalan. Selamat datang ke KL.

“Nota tambahan, kami saksi dengan mata sendiri, traffic light untuk kereta bertukar ke merah. Bukan isu traffic light rosak,” katanya.

Hantaran berkenaan telah menarik perhatian ramai yang turut merasa marah melihat keadaan itu. Mereka antaranya meminta agar pihak polis meletakkan kamera pemantau di setiap lampu isyarat pejalan kaki bagi membendung perkara seumpama itu berlaku lagi.

“Tak ada hati perut…Baik tak payah ambil lesen kalau nak memandu tak ikut peraturan…..hidup ini jangan susahkan orang lain, lain masa kalau diri sendiri yang kena baru tau,” komen pengguna Facebook.

Baca juga: Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB sebesar McDonald’s!

Baca juga: Kes Najib: Jangan ada sesiapa bermain dengan kuasa, mempersenda undang-undang