Malaysia Dateline

Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB sebesar McDonald’s!

Seorang usahawan tempatan Syukor Majid, 33 tahun pernah mencipta fenomena pada tahun lalu apabila burger keluarannya iaitu Syukor Burger laku keras hingga terjual 1 juta biji burger dalam tempoh sembilan bulan pembukaan francais burger miliknya.

Idea mengusahakan perniagan ini tercetus selepas kadar pengangguran dilaporkan naik mendadak akibat pandemik Covid-19 yang kemudian mendorongnya untuk membantu lebih ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Dengan penerimaan luar biasa terhadap Syukor Burger, perniagaan itu kini melangkah ke fasa baharu apabila secara rasminya cawangan drive-thru pertama telah dibuka di Johor Bahru.

Dengan pembukaan itu sekaligus menjadikan restoran anak tempatan pertama yang membuka cawangan pandu lalu setaraf jenama makanan segera kegemaran ramai iaitu McDonald.

Seperti yang dikongsikan di media sosial, cawangan pandu lalu Syukor Burger telah pun dibuka untuk semua pengunjung bermula semalam.

“Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba! Syukor burger kepunyaan @syukormajid telah pun di buka untuk semua pengunjung! Bagi korang yang sukakan makanan western tapi nak servis yang cepat dan pantas dekat sini lah tempatnya! Yang menariknya dekat sini, korang boleh juga tempah makanan secara drive-thru tau! Mudah sahaja bukan.

“Korang wajib cuba menu burger dekat sini, dagingnya tebal dan harga pun sangat berpatutan untuk korang seisi keluarga,” tulis pemilik akaun Sha Rina.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syukor Majid menerusi akaun TikToknya, dapat dilihat segala proses akhir persiapan cawangan pandu lalu itu yang kini akhirnya sudah pun dibuka.

Rata-rata pengguna media sosial yang menyerbu restoran itu malam tadi memberi reaksi positif dan yakin Syukor Burger boleh menandingi McDonald.

“Beratur dari cerah sampai gelap. First day Syukor Burger Drive Thru outlet di Tebing Dato’ Onn, JB. Ini memang nak lawan McD ni beb,” tulis pengguna media sosial Facebook.

Laman Johor Destinasi Permata Selatan turut mempromosi restoran Syukor Burger dan mengajak orang ramai menyokong perniagaan anak tempatan itu.

“Kepada anda yang meminati menu ‘Syukor Burger’ tu, bolehlah singgah kat restoran Syukor Burger yang telah pun dibuka bertempat di “Tebing”, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

“Perghh, macam lalu kat McDonald’s mahupun KFC atau Pizza je… Tapi inilah restoran ‘drive thru’ buat anak Melayu, Syukor Majid dengan jenama “Syukor Burger” mengorak langkah menjalankan perniagaan burger seperti mana jenama terkemuka yang telah lama bertapak di Malaysia,” tulisnya.

Baca juga: MAIWP bongkar sisi gelap pemohon zakat, dapat aduan sedang susah tapi tinggal di kondo mewah

Baca juga: Inilah sebab kami undi Harapan dahulu, kata penyokong selepas Rosmah diputuskan bersalah