Malaysia Dateline

Memahami pekerja sebagai manusia yang sememangnya ‘incentive-based’

Produktiviti pekerja khususnya di sektor swasta banyak bergantung pada cara dan tindakan di pihak majikan.

Namun, banyak majikan tidak menyedari kepentingan insentif dan pelan pengiktirafan kepada pekerja sebaliknya terus membebani mereka dengan tambahan kerja demi kerja.

Walhal, aspek insentif yang mencukupi cukup mempengaruhi persekitaran kerja serta memberi kesan yang signifikan terhadap produktiviti staf.

Oleh sebab itu, majikan perlu mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat manusiawi dengan membolehkan pekerja menikmati bahagian yang sewajarnya hasil daripada peningkatan produktiviti.

Situasi menang-menang itu penting bagi mewujudkan keadilan dan membangunkan peluang kemajuan kerjaya serta meningkatkan kepuasan bekerja.

Ikuti perkongsian IZZAT ZAINUDDIN mengenai hal ini:

Manusia sememangnya “incentive-based”. Kalau buat apa-apa memang mereka harapkan balasan atau ganjaran dalam apa saja bentuk.

Jadi, jika kita mahu seseorang buat sesuatu untuk kita terutama pasukan, staf, subordinate, board of directors, investors, CEOs, leaders, kita kena pastikan mereka faham dan tahu apa yang mereka akan sendiri dapat bukan saja cerita tentang bigger picture saja.

Contohnya, kita mahu pekerja beri komitmen dan dedikasi kerja yang tidak berbelah bahagi pada syarikat.

Jadi, kita kena pastikan staf tahu dan faham bahawa mereka akan diberi ganjaran secara peribadi.

Ganjaran ini sama ada dari segi bonus, promotion, profit sharing atau ekuiti.

Bukannya hanya cakap seperti ini:

“Ini untuk kebaikan semua orang, nanti syarikat kita grow & profit

Sebenarnyanya, staf tidak peduli pun sama ada syarikat tidak berkembang atau tidak meraih untung. Apa yang mereka peduli adalah apa mereka dapat apabila kerja di situ.

Mungkin staf tidak tunjuk but deep down they felt that way. Cuba anda sebagai majikan tidak bayar KWSP mereka untuk tiga bulan. Melompat tak mereka?

Oleh sebab itu, apabila kita faham manusia adalah “incentive-based”, pastikan kita ada “trade off” untuk ada situasi menang-menang antara majikan dan pekerja. Boleh?

Baca juga Wanita bercangkung dapat duit, orang ramai kongsi sifat pemurah rakyat Malaysia