Entah ke mana otak pemandu dan penumpang Perodua Myvi dengan nombor plat VGE 6694 ini apabila beberapa kali dilihat membuang sampah dari tingkap kereta.
Warganet mengecam tindakan tidak mempunyai kesedaran sivik itu selepas tular rakaman video menunjukkan sekurang-kurangnya tiga kali mereka membuang sampah di atas jalan raya.
Sampah yang dibuang dilihat berupa tin minuman hingga plastik pembungkus makanan.
Susulan itu, orang ramai berharap pihak berwajib mengenakan tindakan saman terhadap pemilik kereta itu.
Hal ini memandangkan tindakan membuang sampah terutama tin minuman contohnya, dalam masa sama boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya lain.
“Saya pernah kena, pemandu depan buang tin minuman, masa tu kelajuan kenderaan 100km/j. Tahu tak impact lantunan tu nyaris kena cermin depan.
“Boleh pula hari itu kena dua kali,” luah Ellysa Mohd Yatim.
Dalam masa sama, sikap suka membuang sampah dari tingkap kenderaan juga mencerminkan tahap kebersihan kediaman mereka yang berbuat demikian.
“Bukan rumah saja, dengan akidah pun sama. Dalam Islam kebersihan nombor satu. Kalau perangai macam ni memang pengotorlah,” kecam warganet.
Sehubungan itu, ramai netizen mengingatkan pentingnya menyediakan terlebih dahulu plastik sampah di dalam kereta.
“Sediakan plastik sampah di dalam kereta anda semasa dalam perjalanan. Buang dalam tong sampah bila sudah sampai destinasi dituju,” Hadzir Yamin.
LANJUT MENYUSUL
Baca juga Lima kali sebut ‘kelang’ kabut, leteran pemandu lori ini buat warganet terhibur