Mengapa resah perhati dari jauh? Ini pengalaman warganet ketika orang tersayang sedang lena

Oleh ARIF ATAN

Ramai yang mengaku bahawa mereka sedikit resah sambil teliti memerhati orang tersayang sedang lena.

Ada yang cuba memastikan orang tua mereka bahkan suami atau-anak sebenarnya masih hidup atau tidak.

Terdapat juga warganet yang berkongsikan pengalaman bahawa ayahnya memang benar-benar ‘tidur’ buat selama-lamanya.

“Saya check, memang betul ayah tak bernafas lagi. Al-Fatihah buat ibubapa kita. Amin,” kata Norliza Sangee.

Bagi Ruhana Ana pula, dia mengaku ralit memerhati arwah ibunya semasa hidup terutama ketika kejutkan untuk bangun solat dan makan.

“Apabila arwah terjaga baru hilang debar. Rindunya pada arwah. Semoga tenang dan damai di sana. Al-Fatihah,” doanya.

Hal sama turut diakui Noraini Abd Rahman yang akan mengambil sedikit masa melihat arwah ibu dan ayahnya dari muka pintu ketika mereka terbaring di katil.

“Kalau tengok tidur lama mesti letak jari di hidung. Tapi tahun lepas mak memang ‘pergi’ betul-betul. 2 Ramadan tahun ini, abah pulak menyusul ke negeri abadi,” tangisnya.

Sementara itu, Nurhaleda Hamzah berkata, bukan sekadar mak dan ayah saja tapi orang sekelilingnya termasuk suami dan anak-anak,” ujarnya.

Baca juga Ini baru kisah 1 Jun, entah apa jadi tiga, empat bulan lagi