Mengejutkan macam mana boleh terjadi?-Doktor tunjuk prosedur buang 23 kanta lekap dalam mata pesakit

Oleh NASUHA RAHMAN

Mengejutkan macam mana boleh terjadi biasanya seseorang memakai sepasang sahaja kanta lekap, ini sampai 23 kanta lekap yang dipakai seorang wanita berumur.

Difahamkan, wanita tersebut terlupa mengenai pemakaian kanta sentuh seharian dan apabila menjelang waktu malam dia terus tidur tanpa menanggalkan kanta itu.

Sehubungan itu akibat buruk yang terjadi adalah kesemua kanta yang terlupa untuk ditangggalkan ‘termasuk’ ke sebalik mata dan ‘bersarang’ di sana tanpa boleh dikeluarkan lagi.

Ekoran itu wanita terbabit terpaksa mendapatkan bantuan prosedur perubatan untuk mengeluarkan kembali semua kanta sentuh tersebut.

Pakar Oftalmologi, di klinik di Newport Beach, California, Dr Katerina Kurteeva M.D berkata kejadian itu jarang berlaku kerana kebiasaannya si pemakai akan terus menanggalkan kanta sentuh sebelum tidur namun kes ini merupakan sebaliknya.

“Peristiwa yang jarang berlaku apabila seseorang ‘terlupa’ untuk menanggalkan kanta sentuh pada waktu malam dan terus masukkan kanta baru setiap pagi.

Mengejutkan macam mana boleh terjadi?-Doktor tunjuk prosedur buang 23 kanta lekap dalam mata
Kanta lekap bertukar hijau

“23 hari berturut-turut dia melakukan perkara sedemikian. Saya mengeluarkan banyak kanta sentuh di klinik saya disebabkan kejadian itu,” katanya menerusi Instgram. 

Video prosedur mengeluarkan kanta lekap itu kemudian dimuat naik di laman Instagram (IG) dan mendapat respons pelbagai netizen.

Video prosedur itu kemudian tular sejak beberapa hari lalu, dan menyebabkan jutaan netizen bingung bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Menjadi persoalan bagaimana wanita terbabit boleh terlupa untuk membuka kanta lekap yang dipakai sebelum menggantikannya dengan kanta baharu.

Video itu menunjukkan Dr Kurteeva menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan berpuluh kanta sentuh dengan berhati-hati dari dalam mata seorang wanita.

Sebahagian daripada kanta lekap yang dikeluarkan itu sudah bertukar hijau kerana berada di mata untuk tempoh yang lama.

“Saya mengasingkan semua kanta lekap dengan teliti dan jumlah keseluruhannya 23 keping.

“Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus seperti forsep yang digunakan tukang emas bagi mengasingkan kanta lekap itu,” kata pakar oftalmologi.

Menurutnya, kejadian ini bukan satu rekod terbaharu kerana beberapa tahun lalu, seorang wanita berusia 67 tahun dari United Kingdom (UK) terlupa mengeluarkan 27 kanta lekap yang dipakai selama 35 tahun.

Baca juga: Menjelang PRU 15, sedarilah kebenaran tidak tersusun boleh dikalahkan kebatilan yang tersusun

Baca juga: DUN Perak belum bubar, masih belum dapat perkenan Sultan