Malaysia Dateline

Menjelang PRU 15, sedarilah kebenaran tidak tersusun boleh dikalahkan kebatilan yang tersusun

Kebenaran yang tidak tersusun boleh dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun sekiranya terus leka dan alpa, apalagi menjelangnya pilihan raya umum ke-15 kali ini, demikian menurut Dr Zaidi Zakaria.

Doktor pakar kanak-kanak itu berkata, semua pihak termasuk parti politik dan politikus harus sedar, kini begitu ketara dihadapan mata terserlah adanya para penguasa dan pemimpin yang begitu rakus mengamalkan rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Puncanya kata Pengarah Komunikasi dan Penerangan Pakatan Harapan Pulau Pinang itu ialah pelbagai bentuk rasuah yang dikuburkan dari pengetahuan ramai.

“Isu rasuah perlu didedahkan kepada masyarakat dengan tersusun dan komprehensif dan penjelasannya perlu menerobos segenap penjuru bumi Malaysia kerana seluruh rakyat negara ini akan turun mengundi tidak lama lagi.

” Zaman teknologi internet, maklumat dan info tentang bukti rasuah amat mudah disebarkan dan diketahui sepertimana kes Datuk Seri Najib yang telah dipenjarakan akibat kesalahan rasuah.Begitu juga dengan kes Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan 47 pertuduhan.

“Namun begitu, mereka menyusun rangkaian media dan propaganda, menterbalikkan kenyataan tersebut sebagai satu konspirasi politik untuk membunuh karier politik dengan amat tersusun rapi sehinggakan keputusan mahkamah telah berjaya ditenggelamkan oleh strategi mereka, ” ujar beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang.

Sejajar dengan itu tegasnya, kebenaran yang tidak tersusun boleh dikalahkan oleh kebathilan yang tidak tersusun sekiranya terus leka dan alpa, apalagi menjelangnya pilihan raya umum ke-15 kali ini.

Baca juga: “Kepada Neelofa tanya diri sendiri berbaloikah hingga anakanda dicaci, dibuli?-Pencerahan peguam ini memang padu

Baca juga: Sanggup tipu orang tua, warga asing jual telefon bimbit palsu dengan harga 1.2 juta rupiah