Menitik air mata ibu dapat tahu jadi penerima hibah RM400,000 lepas anak sulung pergi selamanya

Oleh KIM SYAZIE

Menitik air mata seorang ibu apabila mengetahui anak sulungnya yang baru sahaja pergi menemui sang pencipta, rupa-rupanya meninggalkan hibah untuk si ibu.

Bukan sedikit wang yang dihibahkan untuk ibunya, tetapi berjumlah hampir setengah juta ringgit iaitu RM400,000.

Seperti video dimuat naik seorang ejen insurans dikenali sebagai Mat Yie, dia berkongsikan rakaman menyentuh hati itu ketika menemui seorang ibu kepada kliennya yang baru sahaja meninggal dunia.

Dalam pertemuan itu, dia memberitahu bahawa kliennya ada membuat hibah dan meletakkan nama wanita berkenaan sebagai penerima hibah.

Si ibu yang baru sahaja dimaklumkan sebagai penama terlihat menangis teresak-esak dan terharu dengan pengorbanan besar dilakukan anaknya.

“Menangis teresak-esak si ibu apabila mengetahui arwah anak sulung kesayangannya sempat ambil plan hibah RM400,000 dan ibunya sebagai penama.

“Arwah memang seorang yang berjiwa besar, sangat mengambil berat soal keluarga. Arwah masih bujang lagi,” tulis Mat Yie dalam kapsyen di video.

Dalam pertemuan tersebut, ibu arwah sempat memberitahu dia langsung tidak tahu niat baik dilakukan arwah anaknya termasuk meletakkan namanya sebagai penama hibah.

“Ya Allah..Mok cik memang dok tahu gapo-gapo. Memey dok tahu anak buat benda-benda gini. Tak ambil kisoh pun, ikut diolah,” kata si ibu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut sama sebak melihat momen berkenaan selain mengajak lebih ramai sedar tentang keperluan hibah yang boleh meringankan beban si waris.

Bahkan dengan kejadian yang dikongsi itu memberi pengajaran kepada ramai selain ada yang mula membuka mata berkenaan kepentingan hibah

@mattyie1

Hari ini abe yie pergi ziarah ibu kepada arwah client abe yie untuk selesaikan Tuntutan Hibah kematian. Semoga dipermudahkan segala urusan abe yie untuk menolong lebih ramai lagi rakyat Malaysia #agenttakafulracing #prubsntakaful #fyp #ibu #doaibu #warithgroup

♬ original sound – boom boom – Amieyrul Hishyam

Baca juga: ‘Air terjun’ dekat flat berpunca tangki air pecah, 6 kereta rosak…”bumbung kemik, cermin pecah”

Baca juga: “Permohonan ditolak kerana dianggap remeh, menyusahkan”, Hakim tidak benarkan Najib cabar keputusan penjara

Baca juga: Jangan bagi alasan Mykad hilang untuk tak keluar mengundi, ganti yang baru ambil masa 30 minit sahaja