Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pelancaran Gerakan Tanah Air menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, gerakan berkenaan bertujuan menjaga negara supaya aman dan stabil dengan mengurangkan jurang antara kaum ketika ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, gagasan tersebut akan hanya disertai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan profesional Melayu.
Pengerusi Parti Pejuang Negara berkenaan menegaskan gerakan itu memberi tumpuan melawan sebuah parti Melayu yang sudah menyeleweng ketika ini.
“Untuk lawan parti Melayu kalau bukan juga parti Melayu orang Melayu tidak akan menyokong.
“Harap akan dapat sokongan daripada rakyat bukan kerana mereka menjadi ahli parti sebaliknya mereka adalah orang Melayu yang curiga dengan masa depan mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.
Pengerusi penaja gagasan baharu itu, berkata, asas penubuhan Gerakan Tanah Air itu berusaha untuk memperbetulkan ekonomi masyarakat Melayu bukannya merampas harta masyarakat bukan Melayu atau menyekat mereka daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan.
Sehubungan itu, katanya, Gerakan Tanah Air itu menjemput semua orang Melayu yang bimbang dengan masa depan mereka, untuk menyertai atau menyokong gerakan tersebut yang akan didaftarkan dalam masa terdekat dengan nama yang dipersetujui itu.
Baca juga Apandi tanya empat soalan dari isu Batu Puteh hingga anak jadi jutawan, ini jawapan lengkap Mahathir
Baca juga Macam mana dengan nasib ejen, stokis? Ejen bengang lepas Neelofa umum HQ jual inai dekat Shoppee