Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengesahkan wanita yang berpakaian ihram ketika mengerjakan umrah di Mekah sudah pulang ke tanah air namun pihaknya tidak dapat mengesan di mana dia berada sekarang.
Katanya sehingga kini, pihaknya tidak dapat mengesan keberadaan wanita itu selain meminta pihak berkuasa seperti pejabat agama negeri untuk mengambil tindakan lanjut.
“Dia telah pulang ke sini, namun kita tak dapat kesan dia berada di mana sekarang.
“Jika dapat dikesan kita akan minta pejabat agama di seluruh negeri panggil individu berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan,” kata beliau.
Sebelum ini, Idris Ahmad, sebagai berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita berkenaan yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram seperti lelaki.
Idris dilaporkan berkata, tindakan itu perlu kerana isu berkenaan membabitkan hukum agama dan meminta bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat bagi memastikan kesahihan isu yang sedang tular di media sosial itu, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.
Terdahulu tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.
Wanita terbabit dipercayai dari Perak.
Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter yang berkongsi perbuatan terbabit mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.
Difahamkan wanita berperwatakan lelaki itu ke Tanah Suci dengan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi umrah.
Baca juga: Mulai 1 Sept, 159,000 pekerja gaji rendah di Singapura akan dibayar paling kurang RM4,500 sebulan
Baca juga: Lelaki ambil nyawa sendiri dengan terjun bangunan selepas bergaduh dengan teman wanita