‘Menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu’

Oleh ARIF ATAN

Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.

Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa ❤️ Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Jadikan masa depan, masa kita bersama.
Khayr, InshaaAllah.

Baca juga Pulih ekonomi, tangani kos sara hidup – Ini tugas utama Anwar, kerajaan perpaduan

Baca juga 2 hari terperangkap di bawah runtuhan, kanak-kanak ditemukan sebelah mayat nenek