Malaysia Dateline

Mesin pertaruhan anak patung dikira judi, dosa besar jika terlibat – Mufti

Mesin permainan anak patung kanak-kanak (claw machine) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).

Fatwa tersebut dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang memaklumkan terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan menyebabkan kerugian wang.

Mufti Perlis ketika ini merupakan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, permainan claw machine merupakan satu pertaruhan yang dilarang dalam syarak iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian.

“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Kenyataan tersebut dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Tambah kenyataan itu, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Baca juga: “Bukan saya main politik, tapi keadaan tak bertambah baik walau penduduk buat aduan” – Chin Tong tempelak Onn Hafiz

Baca juga: Pengantin lelaki gugup sampai tersasul mas kahwin RM500 juta