Malaysia Dateline

MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu sehingga Khamis, 22 Disember 2022.

Hujan yang sangat lebat akan mengundang banjir sekali lagi terutama bagi kawasan yang rendah, maka seluruh masyarakat haruslah berwaspada dan berjaga-jaga.

Bagi seksyen B amaran hujan berterusan iaitu buruk telah dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Khamis, 22 Disember 2022.

Manakala bagi seksyen C pula amaran hujan berterusan atau waspada dikeluarkan kepada:

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Jerantut dan Maran) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Khamis, 22 Disember 2022.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah dalam tempoh Jumaat, 23 Disember 2022 sehingga Sabtu, 24 Disember 2022.

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran itu juga dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dikeluarkan pada: 1:20 tengah hari, 20 Disember 2022.

Baca jugak: ‘Rupanya ‘website’ entah apa-apa’- Fahmi bidas dakwaan Hamzah berkaitan laporan media antarabangsa