Baru-baru ini seorang juruterbang terpegun dengan cahaya merah yang aneh semasa melintasi Lautan Atlantik.
Dilaporkan, penumpang yang duduk berdekatan tingkap juga dapat menyaksikan pemandangan di lautan yang meliputi sekitar satu perlima permukaan bumi itu.
Imej aneh itu yang mulanya tersebar di Reddit mengundang reaksi ramai warganet termasuk menganggap fenomena tersebut sebagai menakutkan dan pasti gelombang yang sangat panas.
Ikuti penjelasan sebenar MAT GEO mengenai keganjilan di lautan kedua terbesar di dunia itu:
Sedang heboh di persada media sosial ekoran penampakan cahaya merah di Lautan Atlantik oleh juruterbang pesawat yang menyebut dia belum pernah melihat penampakan sedemikian.
Jika dilihat gambar tentang kejadian langit malam bertukar merah di China beberapa ketika lalu, diikuti oleh pengakuan pengendali bot nelayan yang berlabuh berhampiran, ia mungkin memberi jawapan – Kaedah terkini adaptasi dari China dalam menangkap ikan saury, sejenis spesies tenggiri.
Ikan jenis ini adalah jenis pelagic atau ikan yang bermain di permukaan laut. Ia cukup tertarik pada sinar cahaya merah dan penggunaan cahaya merah dari ratusan LED menarik ikan ini dari segenap kawasan berhampiran.
Serakan cahaya dari kapal nelayan ini akan terjadi dalam persekitaran berkabus dan berawan rendah.
Oleh sebab cahaya merah tersebut ditabir awan dan kabus, ia memancarkan cahaya merah darah, gelombang terpanjang yang mampu terhasil, keluar dari zon serakan cahaya tersebut, dan begitulah penampakannya dari udara.
Rata-rata di Reddit menyatakan sama ada nelayan China terlepas ke perairan antarabangsa Atlantik atau nelayan laut dalam di Atlantik mula mengadaptasi kaedah China, ia datang dari teknik memukat ikan tenggiri ini.
Keberadaannya di laut mengesahkan lagi dakwaan ini dan untuk lava dari perut bumi terlihat sedemikian adalah mustahil kerana Lautan Atlantik berkedalaman lebih lima km.
Tanpa permukaan tengah laut tersebut berselubung kabus atau berawan rendah, keadaan ini tidak berlaku kerana tiada medium yang menyelerakkan cahaya umpanan tersebut.
Ikan saury diketahui banyak terdapat di utara Pasifik (Pacific saury) dan rantau Atlantik (Atlantic saury).
Baca juga Apa ada dengan Gunung Ledang, ini pengalaman orang kulit putih lebih satu abad lampau
Baca juga Wartawan China cuba bunuh diri lepas dikecam netizen, terlalu emosi ketika lapor kematian Shinzo Abe