Malaysia Dateline

Momen aksi Syihan Hazmi selamatkan gawang Malaysia tular, dipuji penonton luar negara

Aksi cekap penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dipuji ramai selepas berjaya menepis beberapa cubaan pihak lawan untuk membolosi gawang negara.

Syihan disebut-sebut sebagai wira dan turut diramal sebagai man of the match ketika perlawanan menentang Gajah Perang semalam.

Melihat ketangkasannya menafikan sepakan penalti pemain Thailand, ia sekaligus berjaya membawa Malaysia ke pentas final Piala Raja Thai 2022.

Gambar anak dan isteri Syihan yang dikongsi pengguna media sosial

Momen-momen Syihan menepis bola di hadapan gawang gol turut tular di platform TikTok sehingga meraih pujian ramai.

Tengahari tadi juga, nama Syihan Hazmi trending di Twitter dengan ramai mengucapkan terima kasih atas perestasinya yang sangat memuaskan.

Boleh dikatakan tiga kali percubaan lawan berjaya ditepis oleh Syihan dengan sangat baik sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Selain itu, aksi beliau dalam menyelamatkan sepakan penalti daripada Supachok berjaya ditepis dengan baik oleh penjaga gol tersebut untuk membantu Malaysia melangkah ke pentas akhir.

@malaysiafootballedit1

Sepatah dua kata untuk persembahan Syihan Hazmi pada malam ini. What a performance🔥Tahniah Malaysia berjaya ke final King’s Cup 2022#footballtiktok #malaysiafootballeditt #fyp #syihanhazmi #HarimauMalaya #malaysia #bolasepakmalaysia #KingsCup #KingsCup48 #Thailand

♬ bunyi asal – Malaysia football edit – Malaysia football edit

Syihan dapat tumpuan penonton luar negara

Sementara itu, pengguna media sosial turut berkongsikan tangkap layar beberapa penonton luar negara yang menyaksikan perlawanan semalam dan turut memuji ketangkasan penjaga gol Malaysia.

Baca juga: “Macam orang malas buat kerja”, jadual ala kadar acara SUKMA Terengganu dikritik, netizen kata dah serupa slip periksa

Baca juga: Bob Lokman meninggal dunia