Malaysia Dateline

Mudah saja nak tukar duit raya di mesin ATM, buat 4 langkah ini

Menukar ‘duit raya’ dengan membuat pengeluaran di mesin ATM khas mudah saja sebenarnya. Anda tidak perlu lagi risau selepas ini.

Dalam sibuk-sibuk nak siapkan persiapan raya, jangan lupa duit raya untuk keluarga dan sanak saudara nanti. Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk mendapatkan dan menukar duit raya di mesin ATM dan bank terdekat anda sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Cara mudah tukar duit raya di mesin ATM

Untuk menukar duit raya bernilai RM10, RM20 dan RM50 caranya cukup mudah, anda hanya perlu ke mesin ATM terdekat seperti berikut:

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat iaitu Maybank yang terpilih sahaja. Anda hanya perlu mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ yang boleh anda dapatkan tukaran nilai duit raya baru.

2. Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih dan terus keluarkan duit RM10 baru daripada mesin tersebut.

4. Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah duit yang banyak anda perlu ulang semula langkah ketiga di atas.

5. Anda boleh minta sampul raya daripada kaunter di bank yang anda keluarkan duit raya.

Cara tukar duit raya di kaunter bank

Untuk pengetahuan semua, kebiasannya pada minggu kedua dan ketiga bulan Ramadan, setiap bank akan menyediakan kemudahan menukar duit raya.

Jadi jangan malu dan segan untuk pergi ke bank berdekatan dengan anda untuk bertanyakan dan menukar duit raya di kaunter bank. 

Baca juga: Pengorbanan orang awam semasa Covid-19 beri inspirasi, pulih kepercayaan sesama masyarakat

Baca juga: Penyanyi pukul bekas isteri kerana menolak untuk bergambar bersama