Malaysia Dateline

Mungkin ramai tak tahu Putrajaya pun ada lapangan terbang, sekarang jadi apa?

Mungkin ramai tidak tahu di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pun ada lapangan terbang tetapi luasnya tidaklah seperti KLIA atau KLIA 2.

Terletak di Presint 6, kawasan yang dipanggil Putrajaya Recreational Airport atau Lapangan Terbang Rekreasi Putrajaya itu sekarang sudah jadi lokasi peminat rekreasi kereta drag.

Menurut pemerhati geografi, MatGeo, landasan pendaratan pesawat ringan di Putrajaya itu adalah sepanjang 600 meter.

“Landasan ini pada arah barat dayanya menuju bearing 210° dengan tandaan 21 dan pada arah timur lautnya menuju bearing 30° dengan tandaan 03.

“Ia mungkin tidak lagi digunakan untuk pendaratan dan pelepasan dari 03 berikutan siapnya apartment PPAM (Perumahan Penjawat Awam Malaysia) Larai Presint 6 di hujung landasannya sebelah barat daya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Jelasnya lagi, lapangan terbang yang bukanlah untuk pesawat komersil itu dibina sempena kejohanan udara Red Bull berdekatan Tasik Putrajaya pada tahun 2014.

Suasana pusat rekreasi udara di Putrajaya itu pada tahun 2014.

Baca juga Kembalikan PH di Putrajaya untuk kembalikan nama baik Malaysia di mata dunia