Malaysia Dateline

Najib canang sentimen agama dengan sumpah laknat, rupanya ini kali ke-4 dia bersumpah kes SRC

Tindakan Datuk Seri Najib Razak membuat sumpah laknat di Masjid Kampung Baru semalam disifatkan usaha untuk mempermainkan sentimen agama dalam kalangan penyokongnya.

Perbuatan Najib itu amat dikesali ketika Mahkamah Persekutuan sedang bersidang bagi membicarakan kes beliau.

Tindakan ini dibuat selepas pelbagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan Najib bagaimapaun ia gagal.

Lebih dikesali lagi menurut Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa apabila beliau mengumpulkan penyokong untuk menyaksikan sumpah beliau itu termasuk seorang penceramah agama ustaz Kazim Alias.

Ia dilakukan ketika Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman yang beliau bersalah.

Tiga penal hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman beliau bersalah dan kini lima hakim Mahkamah Persekutuan pula bersidang untuk menentukan nasib beliau.

Najib canang sentimen agama dengan sumpah laknat, rupanya ini kali ke-4 dia bersumpah kes SRC

“Bagi saya, tidak ada sumpah mubahalah dalam kes jenayah kecuali untuk kes li’an sahaja. Mufti dan Menteri Agama yang ada perlu memberikan teguran dalam isu ini.

“Saya bimbang dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib dan penyokongnya.

“Apakah ini wajah Melayu yang kita inginkan atau Melayu yang lebih bermaruah dan memegang nilai-nilai agama dengan sebaik-baiknya bukan Melayu yang boleh dimainkan emosinya dengan sentimen perkauman dan agama yang sempit,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan dengan itu, bekas Menteri Agama itu juga menyeru kepada semua rakyat negara ini, buat masa sekarang berilah kepercayaan kepada Mahkamah Persekutuan pimpinan Ketua Hakim Negara untuk membuat keputusan dengan adil dan berdasarkan bukti dan saksi dalam perbicaraan.

“Jika Datuk Seri Najib didapati tidak bersalah, bebaskanlah dia dan jika dia didapati bersalah hukumlah dia seadil-adilnya.

“Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai
balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).- An Nahlu – ayat 94,” katanya.

4 kali sumpah laknat kes SRC, 2 kali kes Altantuya

Sehubungan itu, warganet mendedahkan sumpah laknat yang dilakukan Najib berkenaan kes dana SRC pada malam tadi adalah buat kali keempat.

Manakala dua lagi kali sumpah laknat yang dibuat bekas perdana menteri itu adalah berkaitan kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor. Ini bermakna enam kali sumpah laknat dilakukan Najib.

Ini bermakna sudah 6 kali Najib membuat sumpah laknat dalam hidupnya.

22 Ogos 2008-Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor. Selepas bersumpah beliau menyumbang RM1.4 juta kepada Masjid Jamek Guar Perahu.

20 Dec 2019-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu selepas Inspektor membuat SD bahawa pembunuhan tersebut adalah atas arahan Najib di Masjid Kg Baru.

Najib canang sentimen agama dengan sumpah laknat, rupanya ini kali ke-4 dia bersumpah kes SRC

4 Feb 2020-Bekas perdana menteri Najib Razak bersumpah ketika memberi keterangan untuk menunjukkan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya dalam kes SRC.

28 July 2020-Bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak melafazkan ‘sumpah laknat’ ketika merayu hukuman ringan dari kandang tertuduh pada Selasa sebelum di jatuhkan hukuman terhadap kes SRC International.

8 Dec 2021-Sumpah Laknat beliau tidak bersalah selepas Makhamah Rayuan menolak rayuan beliau dalam kes SRC International di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur.

21 Ogos 2022-Membuat Sumpah Laknat kononnya beliau tidak tahu duit SRC RM42 juta masuk ke akaun peribadi beliau di Masjid Kampung Baru selepas Solat Isyak dan solat Hajat.

Kes mahkamah berjalan sumpah mubahalah tidak menjadi tuntutan

Pada 2019, Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Zulkifli Mohamad berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai “li’an”.

Katanya, sumpah mubahalah juga tidak menjadi satu tuntutan sekiranya kes masih berjalan di mahkamah.

Zulkifli juga berkata, dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh ‘qadhi’ atau hakim.

Baca juga: 3 langkah ikhtiar yang perlu dibuat elak duit dari akaun CIMB hilang

Baca juga: Wanita pakai ihram guna visa pelancongan untuk buat umrah, Tabung Haji diarah siasat