Malaysia Dateline

Nak jual RM9.5 juta tak laku, Sajat lelong banglo mewah RM7 juta atau disewa RM23,000 sebulan

Hasrat untuk menjual banglonya dengan harga RM9.5 juta sehingga kini masih belum ada pembeli akhirnya Nur Sajat mahu melelong dengan harga RM7 juta.

Beliau telah menyiarkan poster dengan tawaran harga banglo yang terletak di Kota Damansara pada harga RM7 juta dimana ia dikurangkan sebanyak RM2.5 juta daripada RM9.5 juta, namun orang ramai masih tidak berminat.

Dalam perkongsian di Instagramnya Sajat turut menawarkan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat itu dengan bayaran bulanan RM23,000 sebulan.

Dalam tawarannya itu Sajat menyatakan harga banglo itu masih boleh dirundingan atas budi bicara kedua-dua pihak.

Pembeli yang berminat pula katanya akan diberi perkhidmatan guaman secara percuma serta pengurusan pinjaman bank.

Pada Februari lalu, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman itu memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Sajat telah membeli banglo milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.

Baca juga: Putus tunang sebab pasangan gaji kecil malas cari ‘income’ lebih- Jangan tanggung biawak hidup!