Seorang wanita yang membuat nazar untuk berkahwin tahun ini juga jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 10 kini menjadi sorotan dan perhatian ramai.
Ini kerana, Anwar kini sudah mengangkat sumpah sebagai PM 10 dan beliau perlu menunaikan nazarnya.
Masa yang beliau ada juga tidak panjang kerana tahun ini hanya tinggal sebulan sahaja lagi.
Persiapan untuk majlis perkahwinan beliau perlu dibuat agar nazar itu dipenuhi oleh beliau.
“@TwtJodohMY tolong i ada buat nazar kalau DSAI jd PM10 i nak kawen tahun ni juga.
“I cari calon suami yg soft spoken. Tak perlu terlalu islamik ckup paham agama.
“Selebihnya kita boleh blaja sama2. I ada degree SYARIAH UKM. Bakal smbung master,” tulis wanita ini yang menggunakan nama Cinta Aqiela @Aqielaizzatyy di Twitter.
Wanita yang menamakan dirinya Cinta Aqiela ini turut kesal dengan komen dari seorang wanita yang mempertikaikan hasrat beliau mahu kahwin.
“EYH KITA YG NAK KAWEN APAHAL SIS NI YG GELABAH LEBIH??!!SUKA HATI LAAA U SPONSOR WEDDING I KE??TAKKAN SO DIAM JE OKAY TAYAH CAMPOR URUSAN HIDUP ORG.SLALU YG BITTER NI MESTI PENYOKONG ABAH😂” tulis beliau semalam selepas Anwar benar-benar angkat sumpah sebagai PM 10.
Sementara itu, selepas penyataan Cinta Aqiela diterbitkan semula di Facebook, pelbagai komen diberikan terhadap perkara itu.
Antaranya Azri Abdullah menulis, “Jadi bini no 2 boleh ke?”.
Azman Baharuddin pula menulis, “Ramai juge rupa2nya member aku yg minat. Betul2 berani ke?”
BACA JUGA 8/10 isteri tidak letak nama suami sebagai penerima hibah, betul ke!