Neelofa janji sikit masa lagi peminat boleh tengok wajah Bilal

Oleh NASUHA RAHMAN

Selebriti tersohor Neelofa meminta peminat memberi sedikit masa lagi kepadanya untuk berkongsi wajah Muhammad Bilal yang kini berusia lebih lima bulan.

Bagi Neelofa setiap ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak mereka bagitu juga beliau yang mahu Bilal membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.

Sejak dilahirkan sehingga kini wajah Bilal tidak dipertontonkan kepada umum hanya gerak-geri badan seperti tangan, kaki dan jari-jemari Bilal sahaja sering dikongsi di media sosial.

Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan

“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

Neelofa janji sikit masa lagi peminat boleh tengok wajah Bilal
“Kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit”

“Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir.

“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak,”katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berterima kasih kepada pihak atau selebriti yang bersetuju dengan tindakannya itu. Ujarnya lagi, apa yang dilakukannya itu juga adalah untuk menjaga kesihatan mental anak apabila semakin dewasa kelak.

“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.

“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya dipetik Harian Metro.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Baca juga: “Kenapa tak guna RM155 juta bina stesen bas Kota Bharu umpama kandang lembu itu?”

Baca juga: Pengantin baru pilih kahwin di rumah mayat, sempat urus mayat gelandangan sebelum pulang ke rumah