Malaysia Dateline

Netizen kurang senang ibu bapa bawa bayi ke pawagam tengok cerita Mat Kilau, melalak sampai ganggu orang

Selepas kecoh isu pemakaian tanjak yang menghalang pandangan penonton di panggung wayang, timbul pula isu orang ramai kurang senang dengan ibu bapa yang selamba membawa anak kecil untuk menonton filem Mat Kilau di pawagam.

Mereka berkata, filem berkenaan banyak menggunakan ‘sound effect‘ yang agak kuat ia adalah tidak baik untuk pendengaran bayi. Bahkan mereka mendakwa konsentrasi terganggu apabila ada kanak-kanak menangis ketika tayangan sedang bermula.

Apa yang membangkitkan rasa tidak selesa apabila ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka terus menangis tanpa mengendahkan orang sekeliling.

“26 Jun, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau tayangan pada 4.30 pm. Bayi tu ada dalam baru lepas pantang kot. Menangis, melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hang reyau. Tolong lah ada common sense,” ciap pengguna @qallywhoisit.

“Aku harap lepas ini ibu bapa yang nak bawa anak kecil (bayi) masuk panggung wayang tu fikir lah dulu ye. Anda bukan sahaja ganggu orang lain dengan tangisan anak anda yang tak berhenti, sound dalam tu pun tak elok untuk bayi. Rosak pendengaran budak tu nanti,” tulis pengguna lain pula.

Susulan itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @XavierNaxa memberi teguran kepada ibu bapa agar memujuk anak mereka di luar dewan menonton dan tidak membiarkan mereka berterusan membuat bising sehingga mengganggu orang lain.

Rata-rata turut bersetuju dengan teguran berkenaan dan meminta agar ibu bapa lebih cakna dengan kesihatan bayi mereka.

Pada masa sama, ada yang berpendapat adalah lebih baik jika pawagam meletakkan syarat untuk membenarkan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas sahaja memasuki panggung wayang.

Tu belum lagi anak-anak berlari dekat wayang

Baca juga: Kutipan cecah RM12 juta: Sebenarnya filem Mat Kilau belum balik modal, untung pun belum lagi

Baca juga: Wanita tergamak bunuh bayi sendiri hanya sebab tak tahan dengar tangisan